Muhammmad
Di
tengah-tengah kemelut
Jiwa yang
tandus dan gersang
Diselubungi
kabus jahiliyyah
Lahirmu suatu anugerah
Membangunkan
tamadun manusia
Kembali
kepada fitrah yang satu
Menyembah
Allah s.w.t yang Esa
Muhammad
Tatkala
aku terdengar namamu
Pilu hatiku
Tersentuh
jiwaku
Merintih
sanubariku
Berair
mataku tanpa aku menyedarinya
Tetap
senyum bila dibenci
Tetap
tenang bila dimusuhi
Tetap
menyeru walau diusir pergi
Tetap
membantu walau disakiti
Betapa
bersih hatimu
Segala
yang indah menghiasi peribadi
Kerana
Al-Quran adalah akhlakmu
Muhammad
Layakkah
aku untuk dicintaimu?
Layakkah
aku untuk mendapat syafaatmu kelak?
Layakkah
aku untuk merinduimu?
Sedangkan
aku hanya umat biasa
Muhammad
Ketinggian
budi dan akhlakmu
Kau bukan
sahaja disayangi sahabat
Malah turut
disegani musuh
Muhammad
Di saat
kematian datang menjemput
Kasih
sayang terhadap umat tak pernah luntur
“ummati,
ummati, ummati”
Tak
lekang dari bibirmu
Lambang
kasih sayang mu pada umat tercinta
Muhammad
Ingin
sekali aku mencontohimu
Akan ku
sambung perjuanganmu
Membela
Islam tercinta
Mehnah
dan tribulasi bukan penghalang
Akan ku
pegang erat wasiatmu
Al-quran
dan as-sunnah jadi panduan
Agar
sejahtera dunia akhirat
Semua itu
ku lakukan
Kerana
aku terlalu mencintaimu
Titipan
kasih buatmu Muhammad s.a.w...
_Nurhanisahabdulhadee ^_^