Thursday, November 8, 2012

Ya Habibi........


Muhammmad
Di tengah-tengah kemelut
Jiwa yang tandus dan gersang
Diselubungi kabus jahiliyyah
Lahirmu  suatu anugerah
Membangunkan tamadun manusia
Kembali kepada fitrah yang satu
Menyembah Allah s.w.t yang Esa

Muhammad
Tatkala aku terdengar namamu
Pilu hatiku
Tersentuh jiwaku
Merintih sanubariku
Berair mataku tanpa aku menyedarinya
Tetap senyum bila dibenci
Tetap tenang bila dimusuhi
Tetap menyeru walau diusir pergi
Tetap membantu walau disakiti
Betapa bersih hatimu
Segala yang indah menghiasi peribadi
Kerana Al-Quran adalah akhlakmu

Muhammad
Layakkah aku untuk dicintaimu?
Layakkah aku untuk mendapat syafaatmu kelak?
Layakkah aku untuk merinduimu?
Sedangkan aku hanya umat biasa

Muhammad
Ketinggian budi dan akhlakmu
Kau bukan sahaja disayangi sahabat
Malah turut disegani musuh

Muhammad
Di saat kematian  datang menjemput
Kasih sayang terhadap umat tak pernah luntur
“ummati, ummati, ummati”
Tak lekang dari bibirmu
Lambang kasih sayang mu pada umat tercinta

Muhammad
Ingin sekali aku mencontohimu
Akan ku sambung perjuanganmu
Membela Islam tercinta
Mehnah dan tribulasi bukan penghalang
Akan ku pegang erat wasiatmu
Al-quran dan as-sunnah jadi panduan
Agar sejahtera dunia akhirat
Semua itu ku lakukan
Kerana aku terlalu mencintaimu

Titipan kasih buatmu Muhammad s.a.w...

_Nurhanisahabdulhadee ^_^


No comments:

Post a Comment